Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedco bina 17 unit premis perniagaan di Kampung Paris

Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersama-sama timbalannya (dari kiri) Datuk Raymond Tan, Datuk Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam Dewan Mesyuarat, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersama-sama timbalannya (dari kiri) Datuk Raymond Tan, Datuk Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam Dewan Mesyuarat, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) telah membina 17 unit premis perniagaan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK- 8) dan RMK-9 bagi projek fasa satu dan dua di Kampung Paris Tiga, Kinabatangan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, kini keseluruhan lot perniagaan telah beroerasi sepenuhnya dengan pelbagai jenis perniagaan.

“Sebagai memenuhi pernintaan ramai, pada RMK-11, Sedco telah mengemukakan permohonan peruntukan untuk pembinaan banguan premis perniagaan sebanyak 10 unit,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Saddii Abdul Rahman (BN-Sukau) mengenai perancangan pihak Sedco untuk membina rumah kedai di Kampung Paris Tiga, Kinabatangan bagi menggantikan kedai papan yang tidak teratur dan usang.

Raymond yang juga Menteri Pembanguna Perindustrian negeri menambah, bangunan premis yang dicadang dibina terdiri daripada enam unit bangunan teres dua tingkat dan empat unit bangunan teres setengah tingkat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan