Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedco agih RM1.5 juta anjur program keusahawanan tahun lalu

Roslan (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program itu. - foto Kalawon Sawing
Roslan (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) pada tahun lalu bagi menganjurkan pelbagai program keusahawanan di negeri ini ke arah melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya.

Pengurus Besarnya, Mohamad Amir Karim berkata, pihaknya meletakkan sasaran lebih ramai usahawan bumiputera bakal menyertai program yang dikendalikan oleh Sedco tahun ini.

“Dengan penyertaan itu mereka dalam meningkatkan pelbagai pengetahunan tentang bidang keusahawanan itu ia dapat membasmi kemisikian selain mendorong masyarakat bumiputera ke arah hidup yang lebih berdaya maju dan bersaing dengan masyarakat lain,” katanya dalam majlis penutupan kursus Skim Usahawan Teknikal Ke-14 anjuran Sedcovest Holding Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kimanis, Roslan Sah Ali yang mewakili Ketuanya, Ahmad Firdaus Anifah.

Sementara itu, Roslan dalam ucapannya berkata, kerajaan sendtiasa menggalakkan golongan bumiputera khususnya para belia untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka kerana bidang berkenaan dapat membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

Menurutnya, pelbagai kursus kemahiran telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan atau swasta untuk memberi pendedahan kepada golongan bumiputera bagi menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan.

Walau bagaimanapun katanya, di Malaysia budaya keusahawanan ini masih lagi di peringkat permulaan terutamanya di negeri ini kerana sehingga kini penglibatan individu dalam memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya dilihat kurang berbanding dengan kerjaya yang lain. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan