Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Sedar-sedar dia hilang’

10:39am 10/11/2016 Pak Roshan 2740 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
LA Mbilu (kanan) menceritakan kejadian diserang lanun di perairan antarabangsa.

LA Mbilu (kanan) menceritakan kejadian diserang lanun di perairan antarabangsa.

Sandakan: “Sedar-sedar, tekong bot kami, La Hadi La Edi dilarikan dan diculik kumpulan bersenjata,” kata La Mbilu Lamuisa, 24, seorang kru kapal warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian rompak dan culik di peraiaran Pegasus Reef, Kinabatangan dekat sini, Sabtu lalu.

Katanya, kehadiran suspek yang menaiki bot fiber itu berlaku dengan sangat pantas.

“Kami yang sedang menarik pukat tidak sempat berbuat apa-apa dan empat lelaki bersenjata sudah pun berada dalam bahagian belakang bot kami.

“Kami hanya mampu ‘mengangkat tangan’ menyerah diri dan kemudian diarahkan duduk di belakang bot.

“Hanya tekong yang dibawa ke bahagian dalam bot oleh kumpulan itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, kelmarin. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan