Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,692

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebulan penyepit dalam lengan

9:29am 05/07/2016 Pak Roshan 14 views Global
KAYU penyepit yang terbenam di dalam lengan Zeng.

KAYU penyepit yang terbenam di dalam lengan Zeng.

Beijing: Seorang lelaki dari Xiamen baru-baru ini mendapati sisa kayu penyepit terbenam di dalam lengannya selama lebih sebulan selepas digunakan untuk cuba membuka botol bir.

Taihainet melaporkan, lelaki bernama Zeng itu cedera secara tidak sengaja ketika keluar minum bersama rakannya apabila lengannya tertusuk kayu penyepit.

Zeng yang ketika itu mabuk mengeluarkan sebahagian kayu penyepit berkenaan dari lengannya tanpa menyedari sebahagian kayu itu tertinggal di dalam.

Zeng mencuci lukanya dan menganggap tiada masalah. Bagaimanapun, selepas beberapa hari lengannya mula membengkak dan bernanah.

Apabila keadaannya semakin teruk, Zeng memutuskan mendapat rawatan di hospital.

Doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati serpihan kayu penyepit sepanjang lapan sentimeter terbenam di dalam lengannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan