Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebuah rumah musnah di Semporna

7:18pm 13/12/2015 Ann Vivien 54 views Isu Semasa,Tempatan

Fire

SEMPORNA: Sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 30 x 120 kaki di Jalan Kalumpang dilaporkan musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Borhan Nizam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 pagi dan berkejar ke lokasi bersama sebuah jentera dan empat anggota.

Menurutnya, pihaknya tiba pada jam 5.15 pagi berikutan lokasi kejadian yang jauhnya 40 kilometer daripada balai dan sebaik tiba, pihaknya terus memulakan operasin pemadaman api.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 5.22 pagi dan pihaknya menamatkan operasi pada jam 5.30 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan