Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebuah rumah hangus, dua kereta terbakar

TUARAN – Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Rani Kayangat Kemburan, Kampung Rani di sini pada tengah malam semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, kejadian yang berlaku pada jam 12.09 tengah malam tadi turut merosakkan dua buah kenderaan jenis Perodua Kancil.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tuaran yang dilengkapi dua buah jentera segera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 12.09 tengah malam,” katanya di sini hari ini sambil menambah operasi pemadaman api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.24 pagi.

Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu dan telah dihantar ke hospital dengan bantuan orang awam.

Katanya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan