Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebuah musnah dan satu lagi hampir musnah dalam kebakaran

SANDAKAN: Sebuah rumah musnah dan sebuah lagi hampir musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Lupak, Meluas Darat, di sini tengahari tadi.

Rumah jenis tidak kekal yang berukuran 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang itu musnah dan sebuah lagi terbakar 40 peratus dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 12.39 tengahari dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 1.02 petang.

Menurut pihak bomba, pasukan bomba mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian kerana tiada laluan jalan ke kawasan tersebut.

Operasi yang diketui oleh PKPgB Azizi Che Noh bersama 10 orang anggota itu tamat pada jam 2.07 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan