Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebuah lagi cawangan parkson dibuka di pusat beli-belah Imago

Law Boon Eng (dua dari kiri) bergambar bersama Pengurus Operasi Parkson Imago, Lee Sui Ying (tiga dari kiri) dan Pengurus cawangan di Parkson Imago, Mason Ng (tiga dari kanan)
Law Boon Eng (dua dari kiri) bergambar bersama Pengurus Operasi Parkson Imago, Lee Sui Ying (tiga dari kiri) dan Pengurus cawangan di Parkson Imago, Mason Ng (tiga dari kanan)

KOTA KINABALU- Parkson Coporation Sdn. Bhd. menambah cawangan baharu di pusat beli-belah Imago, menjadikannya cawangan Parkson ketiga yang dibuka di Kota Kinabalu.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Law Boon Eng berkata, pasar raya Parkson telah melancarkan sebanyak 42 cawangan termasuk cawangan yang baharu di Imago, dan ia merupakan pasar raya Parkson kedua terbesar selepas cawangan pasar raya itu di 1Borneo.

“Cawangan Parkson di sini mempunyai keluasan 142, 000 kaki persegi dan mempunyai tiga tingkat dengan anggaran lebih 400 jenama dijual di sini,” katanya ketika ketika ditemui pemberita semasa pelancaran cawangan pasar raya Parkson baharu itu.

Menurutnya, tingkat bawah pasar raya itu menyediakan ruangan kecantikan bagi wanita iaitu jualan kasut, bag tangan dan aksesori, tingkat satu pula ruangan jualan untuk fesyen, manakala tingkat kedua pula menjual barang dagangan untuk kanak-kanak dan peralatan rumah.

Katanya, pasar raya ini juga menyediakan keistemewaan termasuklah pelanggan boleh mendapat hadiah yang ditawarkan dan baucar percuma untuk membeli-belah.

“Pengunjung juga boleh mendaftar untuk mendapatkan kad Parkson yang telah dilancarkan sejak 1 Disember 2014. kad ini membawa keistemewaan kepada pengguna apabila mereka membeli-belah di Parkson,” katanya.

Tambahnya lagi, kad itu boleh digunakan bukan sahaja di cawangan parkson Malaysia tetapi juga cawangan Parkson di China, Vietnam dan Myanmar. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan