Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebuah Gudang Baja Pertanian Musnah Dalam Kebakaran

5:52pm 28/06/2016 Pak Roshan 191 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran

TAWAU – Sebuah gudang penyimpanan baja untuk pertanian di Jalan Tanjung Batu, di sini, hampir musnah keseluruhannya dalam kebakaran hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata sebanyak empat jentera bersama-sama 21 anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.24 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari, kami mendapati api marak dengan cepat.

“Bagaimanapun, kami dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 1.16 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faisal berkata anggota bomba menghadapi masalah air untuk memadamkan kebakaran berikutan tiada pili bomba di kawasan gudang terbabit dan hanya terdapat sebuah pili bomba kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

13528986_10153595863247019_871257529030763653_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan