Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebuah bangunan baharu bakal dibina di SMK Tomani

Jamawi menyalakan obor sebagai simbol perasmian kejohanan olahraga SK Kuala Tomani. – Gambar SNT / Ehsan Pejabat DUN Kemabong

KEMABONG: Khabar gembira buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tomani apabila bakal mendapat sebuah bangunan baharu di kawasan seluas 12 hektar di Kampung Kuala Tomani.

Tanah tersebut merupakan pemberian daripada pihak Skim Penempatan Getah Kuala Tomani kepada sekolah itu agar mereka dapat menampung sejumlah pelajarnya yang menduduki sesi persekolahan pagi dan petang.

Jamawi menabik hormat semasa perbarisan lintas hormat kontinjen yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Gambar SNT/Ehsan Pejabat DUN Kemabong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, pada dasarnya pengurusan Skim Penempatan Getah Kuala Tomani telah bersetuju menyediakan tapak tanah itu bagi membina bangunan baharu SMK Kuala Tomani.

“Kita akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini bersama pihak pengurusan skim berkenaan sebelum mendirikan bangunan baharu SMK Kuala Tomani yang kita idam-idamkan selama ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani di padang sekolah tersebut.

Menurut Jamawi, cadangan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah baharu di kampung tersebut telah lama dikemukakan dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran, namun ketiadaan tapak menjadi kekangan.

Untuk rekod katanya, pelajar dari kampung tersebut dan beberapa buah kampung berhampiran yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah menengah terpaksa ke SMK Kemabong yang jaraknya kira kira 15 kilometer dari kampung tersebut.

“Jika pembinaan ini dapat direalisasikan ia akan memberikan kemudahan yang lebih baik dan dekat bagi pelajar di kampung ini dan sekitarnya,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan