Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebelum Di AirAsia, Kapten Iriyanto Berkhidmat Di Adam Air

iriyanto

Memetik kenyataan daripada Kompas.com, sebelum Kapten Iriyanto menjadi juruterbang di AirAsia, beliau pernah berkhidmat di Adam Air, sebuah syarikat penerbangan tempatan di sana.

Namun disebabkan syarikat tersebut telah jatuh muflis, beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke AirAsia.

“Setahu saya, Iriyanto pernah berkhidmat di Adam Air sebelum ke AirAsia pada Mac 2008,” kata Hendro Kusumo Broto, sepupu kepada Iriyanto.

AdamAir_Boeing_737-400_MRD-1

Sedikit info mengenai Adam Air, syarikat tersebut jatuh muflis akibat kegagalan dalam beberapa faktor seperti keselamatan dan beberapa juruterbangnya dilihat tidak mempunyai waktu pengalaman penerbangan yang cukup.

Terdapat sebuah laporan mendedahkan Syarikat Adam Air telah melanggar piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa berikutan beberapa kes masalah teknikal yang menyebabkan beberapa beberapa siri pendaratan kecemasan telah dilakukan.

Perkara ini telah dinilai oleh Kesatuan Eropah (EU) yang telah memutuskan untuk mengharamkan syarikat tersebut membuat penerbangan ke Amerika Syarikat.

Berikut merupakan beberapa kes yang dilaporkan.

Pesawat penarbangan 782

Pada Februari 2006, Pesawat 782 milik Adam Air melalui penerbangan Jakarta ke Makassar telah terputus hubungan selama 20 minit dengan menara kawalan. Pesawat tersebut kemudiannya dilihat telah melaui titik “blind spot” di dalam radar yang membuatkan pesawat tersebut lenyap selama beberapa jam yang akhirnya membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tambolaka.

Sejurus selepas kejadian tersebut juruterbang dalam kejadian itu dipecat dan Adam Air dilihat telah melanggar beberapa peraturan Keselamatan, termasuk mengeluarkan pesawat sebelum tiba masanya untuk diperiksa oleh pihak berkuasa penerbangan.

Pesawat penerbangan  574

Pada 1 Januari 2007, pengawal trafik udara di Sulawesi telah terputus hubungan dengan Boeing 737-400 pesawat 574 yang dilaporkan telah hilang kawalan yang seterusnya pada 10 Januari menemukan beberapa serpihan iaitu 300 Meter di persisiran pantai Sulawesi.

Pesawat milik Adam Air tersebut membawa sejumlah 96 orang penumpang (85 Dewasa, 7 Kanak-Kanak dan 4 Bayi) dan enam anak kapal dalam penerbangan menuju Manado didapati telah terhempas di perairan Majene, Sulawesi Barat.

Pesawat penerbangan 172

Pada 21 Februari 2007, pesawat penerbangan 172 milik Adam Air melalui penerbangan Jakarta ke Surabaya telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Juanda akibat fuselage pada pesawat tersebut mengalamai masalah teknikal.

Pesawat  penerbangan 292

Pada 10 Mac 2008, sebuah pesawat Boeung 737-400 milik Adam Air melalui penerbangan dari Jakarta ke Batam telah tergelincir sajauh 75 Meter di Lapangan Terbang Batam akibat kerosakan di salah sebuah sayap. Disebabkan kes terakhir ini, Syarikat tersebut telah dilihat memberhentikan perkhidamatanya pada hari kelapan peristiwa tersebut.

Namun apa yang pasti, kami yakin Kapten Irianto mempunyai pengalaman penerbangan yang cukup kerana beliau dikatakan seorang juruterbang yang sangat cekap dan mempunyai pengalaman di udara sebanyak 6100 jam penerbangan, manakala pembantunya sebanyak 2,275 jam waktu penerbangan di rekodkan.

Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dikendalikan oleh Kapten Irianto hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi semalam. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan