Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebarang tuntutan ke atas Sabah tidak akan dilayan

11:51am 05/03/2016 Leolerry Lajius 1425 views Jenayah,Tempatan

ZAHID_HAMIDI_011114_TMINAZIRSUFARI_03

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak akan melayan sebarang tuntutan dari pihak tertentu yang membuat tuntutan ke atas Sabah dan akan memastikan kedaulatan negeri ini terus di pertahankan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi, negeri Sabah akan terus dipertahankan dari dituntut oleh mana-mana negara atau kumpulan kerana negeri ini merupakan negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

“Kita tidak mahu walau seinci pun bumi Sabah ini diceroboh oleh mana-mana pihak dari luar dan kita tidak akan berkompromi apabila menyentuh soal keselamatan,” katanya.

Negeri Sabah yang bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963 akan terus dipertahankan dan ia bukan sahaja terletak di bahu pihak keselamatan malah juga seluruh rakyat di negara ini.

“Menjaga kedaulatan Sabah adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira soal di mana negeri kita.

“Kita juga telah menggubal pelbagai undang-undang bagi tujuan pencegahan tetapi yang lebih penting adalah seluruh rakyat harus sentiasa bersatu hati dan bersama-sama dengan pihak keselamatan untuk menjaga kedaulatan negara ini amnya dan Sabah khususnya,”katanya.

Menurut beliau lagi, cabaran pasukan keselamatan bagi menjaga kedaulatan negeri ini bukan sahaja diutamakan di kawasan pantai timur tetapi akan diperluaskan hingga ke pantai barat Sabah sebagai langkah pencegahan dan kawalan keselamatan.

“Disebabkan kawalan di pantai timur semakin ketat mereka telah bergerak ke kawasan-kawasan lain di sekitar pantai barat dan mengikut risikan yang telah dilakukan telah ada panglima-panglima dari sebuah kesultanan yang telah dilantik bagi tiap-tiap kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2016 di Universiti Malaysia Sabah yang dihadiri oleh lebih seribu pelajar dan jemputan-jemputan yang lain, di sini, pagi tadi.
-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan