Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebanyak 913 Kes Denggi Dilaporkan Di Sabah

12:05pm 13/03/2016 Pak Roshan 66 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
denggi

gambar hiasan

SANDAKAN – Sebanyak 913 kes denggi dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga 10 Mac lepas, meningkat 70 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi berkata daerah Sandakan mencatatkan kes denggi tertinggi sebanyak 319 diikuti Kota Kinabalu (152) dan Tawau (72) daripada keseluruhan kes denggi di Sabah.

Katanya terdapat 11 lokaliti wabak denggi aktif melibatkan tujuh daerah iaitu Sandakan (lima lokaliti) dan satu lokaliti masing-masing di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Papar, Beluran, Tuaran dan Semporna.

Sementara itu, beliau berkata setelah Ops Mega Kawalan dan Pencegahan Denggi dilaksanakan di daerah ini, bilangan kes denggi telah menurun sebanyak 96 peratus setakat ini.

Operasi itu bermula pada 15 Feb lepas dan akan berakhir 15 Mac ini, katanya pada sidang akhbar berkenaan operasi itu di sini.

Menurutnya menerusi pelaksanaan Ops Mega, aktiviti penghapusan tempat pembiakan aedes telah dijalankan di 112 lokaliti dan sebanyak 12,014 premis telah diperiksa.

Katanya aktiviti semburan kabus (fogging) juga dijalankan di 150 lokaliti dan seluas 978 hektar kawasan telah disembur.

Dr Christina berkata sebanyak 21 notis kompaun telah dikeluarkan dan 71 notis Seksyen (8) dikeluarkan sepanjang Ops Mega di daerah ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan