Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 556,543 Kunjungi UTC Sabah Sehingga 30 Jun 2014 – Musa

utcsabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 556,543 orang telah berkunjung ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah sehingga 30 Jun lepas berdasarkan rekod pas Sistem Pengurusan Pengunjung, sejak pusat itu mula beroperasi pada 16 Dis 2013, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata daripada jumlah berkenaan, 341,498 orang berkunjung ke UTC yang beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam, tujuh hari seminggu untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan atau swasta dan 215,045 pengunjung pula datang untuk mengetahui jenis perkhidmatan yang disediakan pusat itu.

“UTC Sabah mempunyai perkhidmatan kaunter merangkumi 22 buah agensi Persekutuan, 12 agensi kerajaan Negeri dan lima organisasi sektor swasta serta badan bukan kerajaan. UTC memberi pelbagai perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti kaunter untuk pembayaran bil, pendaftaran lesen, kad pengenalan, pinjaman bank, kaunseling, aktiviti bagi golongan belia, warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Isnin.

Menurut Musa antara agensi penerima pengunjung tertinggi ke UTC, yang terletak di Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara yang merekodkan pengunjung sebanyak 112,570 orang.

Ini diikuti Pos Malaysia (37,046), Perpustakaan Negeri Sabah (33,685) Jabatan Pengangkutan Jalan (34,838) dan Jabatan Imigresen (24,856).

Menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Rahim Ismail (BN-Pantai Manis), Musa berkata kerajaan boleh mempertimbangkan pembukaan UTC di daerah-daerah lain seperti Tawau dan Sandakan berdasarkan keperluan.

Komen


Berita Berkaitan