Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 430 Telur Penyu Dirampas Di Bandar Sandakan

Telur-Penyu1

SANDAKAN : Sebanyak 430 biji telur penyu dirampas menerusi operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di bandar Sandakan, hari ini.

Penolong Pengawai Penguatkuasa Kanan MPS Sairin Abdul Rahman berkata kesemua telur penyu berkenaan telah ditinggalkan oleh pemiliknya.

Katanya operasi bersepadu itu membabitkan tiga anggota Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan enam anggota MPS diketuai Sairin.

Sairin berkata sesiapa yang didapati membeli, menjual atau memiliki telur penyu, ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dikenakan denda RM50,009 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan