Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebanyak 40 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

3:27pm 06/06/2016 Pak Roshan 338 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran

TAWAU : Empat puluh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Lorong Haji Abdul Rahman, Kilometer 8, Jalan Apas, di sini malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.26 malam sebelum mengerahkan empat jentera dan 28 anggota ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal daripada merebak pada 12.53 tengah malam dan dipadam sepenuhnya pada 6.06 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, lima rumah setinggan turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Jalan Utara, pagi tadi.

Faisal berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.59 pagi sebelum menghantar empat jentera berserta 23 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya api berjaya dikawal pada 11.46 pagi dan turut membantu dalam memadamkan kebakaran berkenaan ialah pihak polis, Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam.

Menurut Faisal setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian juga masih dalam siasatan.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan