Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 30 Sekolah Dibina Berkonsepkan IBS Di Sabah

SANDAKAN : Sabah dijangka  menerima 30 buah sekolah baharu hujung tahun ini yang dibina secara pasang siap menggunakan Sistem Binaan Berindustri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pembinaan sekolah terbabit juga mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain itu, peruntukan juga telah diluluskan bagi pembinaan beberapa lagi sekolah baharu di negeri ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi 2, SMK Gum-Gum 2, SMK Libaran dan Sekolah Seni Malaysia Sandakan, kata ketika merasmikan sambutan Hari Guru dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat dalam pelbagai aspek dan program pembangunan pendidikan termasuk penyediaan tapak bagi membina sekolah baharu.

Pada majlis itu, dua pesara guru Alias Darman Hamzah dan Khor Meng Keow dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sandakan tahun 2017.

Musa turut menyampaikan APC 2016 kepada 350 penerima dalam kalangan guru dan kakitangan bukan mengajar serta sijil penghargaan kepada 20 pesara guru.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan