Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 19 Kapal Layar Rali Rentas Malaysia Singgah Di Sandakan

kapallayarraly

SANDAKAN — Sebanyak 19 kapal layar dari luar negara yang menyertai Program Rali Merentasi Malaysia kini berada di perairan Sabah.

Hari ini, peserta dan kapal layar berkenaan singgah di daerah ini dan ketibaan mereka disambut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood.

Program itu anjuran Sail Malaysia dengan kerjasama Pangkor Marina Malaysia dan Pelancongan Malaysia.

Pengarah Urusan Sail Malaysia Sazli Kamal Basha berkata rali kapal layar itu telah bermula sejak April lepas di Langkawi dan berakhir pada 15 Ogos di Tawau, Sabah.

Katanya sebanyak 20 lokasi persinggahan rali kapal layar iaitu di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Sarawak dan berakhir di negeri ini.

Menurunya antara negara terlibat ialah New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Republik Ireland, Belanda, Afrika Selatan, Poland dan Austria.

“Program ini bertemakan penjelajahan Malaysia menerusi laut merupakan usaha membantu mempromosi pelancongan Malaysia khususnya untuk Tahun Melawat Malaysia tahun ini.

“Ia juga bagi mewujudkan laluan laut di perairan Malaysia untuk aktiviti pelayaran,” kepada Bernama di sini, Selasa.

Kapal layar tersebut tiba di perairan Sandakan dari Kota Kinabalu semalam dan bermalam di kawasan berhampiran Pulau Selingan di Taman Pulau Penyu.

Sazli Kamal berkata program ini akan dapat mempromosi perairan Sabah yang merupakan antara kawasan terbaik di dunia untuk diterokai bagi aktiviti kapal layar.

Komen


Berita Berkaitan