Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 148,129 syarikat daftar GST

Bolkiah Ismail (kanan) melawat sebuah gerai pameran sempena   Hari Terbuka GMB-GST 2015 Peringkat Negeri Sabah di Wisma Wanita. - foto Jabatan Penerangan
Bolkiah Ismail (kanan) melawat sebuah gerai pameran sempena Hari Terbuka GMB-GST 2015 Peringkat Negeri Sabah di Wisma Wanita. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Sebanyak 148,129 buah syarikat di seluruh negara telah berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) setakat 17 November 2014.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Bolkiah Ismail berkata, secara purata setiap hari sebanyak 2,000 syarikat mendaftar di bawah sistem itu sejak proses pendaftaran bermula pada 1 Jun 2014.

Katanya, pihak kastam juga sedang giat berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah pendaftaran syarikat di bawah sistem GST di negeri ini.

“Antara inisiatif yang diambil termasuk menghantar notis kepada semua pelesen cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta mengeluarkan surat peringatan kepada bakal registran yang telah dikenal pasti untuk mendaftarkan syarikat mereka,” katanya kepada pemberita dalam majlis perasmian Hari Terbuka GMB-GST 2015 Peringkat Negeri Sabah di Wisma Wanita, di sini hari ini.

Menurut Bolkiah, skim e-voucher juga telah diperkenalkan bagi mengurangkan beban syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Skim tersebut adalah bagi pemberian rebat perisian perakaunan GST. Sebanyak 26,895 telah mendapat kelulusan daripada 32,961 permohonan e-voucher.

“PKS yang layak boleh menuntut rebat RM1,000 yang disediakan untuk membiayai kos pembelian perisian perakaunan GST dari vendor yang dilantik,” ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak 113 vendor dilantik oleh kastan dalam menyediakan perisian perakaunan patuh GST.

“Langkah ini dapat membantu para peniaga terutamanya PKS untuk mendapatkan perisian perakaunan GST yang bersesuaian sebagai persiapan ke arah pelaksanaan GST pada 1 April ini,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan