Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 145 saman dikeluarkan terhadap pengguna lalulintas

KOTA KINABALU – Sebanyak 145 keping saman trafik, masing-masing 30 saman Pol 257 dan 115 saman Pol 170A, dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam sekatan jalanraya di Jalan Coastal di sini awal pagi Ahad.

Sekatan jalanraya yang bermula 2.00 hingga 4.00 pagi Ahad itu turut menahan tiga individu mengikut Seksyen 45A Akta

Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan.

Polis Trafik Kota Kinabalu dalam satu kenyataan di sini berkata, sebanyak 27 buah kenderaan dan 17 motorsikal diperiksa dalam operasi tersebut.

Operasi yang disertai 14 anggota dan dua pegawai Polis Trafik Kota Kinabalu serta seorang pegawai dari Ibupejabat Polis Kontinjen itu, turut mengesan sebuah motorsikal jenis Honda Wave yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun kemudian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala motorsikal terbabit disita polis,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, katanya, sebanyak 13 buah motorsikal lain juga disita atas pelbagai kesalahan. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Anggota Polis Trafik memeriksa teliti maklumat pengguna jalanraya dalam sekatan itu.

Komen


Berita Berkaitan