Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 13 Pusat K1M Di Sandakan Terima Geran Berjumlah RM52,000

k1m

SANDAKAN : Sebanyak 13 Pusat Komuniti 1Malaysia (K1M) di daerah ini menerima geran peruntukan bernilai RM52,000 untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran.

Pusat K1M berkenaan masing-masing menerima RM4,000 antaranya ialah K1M Taman Mesra, Dandulit, Rancangan Sungai Manila, Gum Gum, Taman Mesra, Taman Indah Jaya, Tanjung Papat dan Elopura.

Geran pengurusan dan pentadbiran berkenaan disampaikan oleh Exco Penerangan Daerah Sandakan Datuk Samsuddin Yahya kepada 13 pengerusi pusat K1M berkenaan pada Majlis Semarak Rakyat K1M di sini, hari ini.

Samsuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong ketika berucap pada majlis tersebut berkata masyarakat seharusnya memanfaatkan program seumpama itu yang jelas memberi peluang komunikasi bersemuka bagi mengetahui aspirasi sebenar kerajaan serta menilai sendiri agenda kerajaan untuk rakyat.

Katanya selain daripada mengeratkan hubungan sesama agensi, rakyat atau kerajaan, masyarakat juga mampu memperoleh maklumat berkesan dan berguna berhubung dasar dan perancangan kerajaan dalam memacu pendapatan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata Jabatan Penerangan terus memainkan peranan dan tanggungjawab selaras dengan peranan K1M iaitu sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan