Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebabkan kematian, petani dipenjara 20 tahun

10:15pm 15/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang petani dihukum selama 20 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi, disini atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki pada dua tahun yang lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nurchaya Arshad mengenakan hukuman tersebut setelah Sabdalih Sajali, 34 mengaku salah kepada pertuduhan alternatif dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sabdalih mengaku menyebabkan kematian Madrus Dalin, 54 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Siasai Dundau, Kota Belud pada 3 September 2014 diantara jam 12.30 pagi hingga 1 pagi.

Terdahulu, Sabdalih didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Dalam mitigasi, Peguam bela Zahir Shah memohon agar hukuman ringan dikenakan keatas tertuduh dengan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh kesal dengan perbuatannya itu.

Tambahan beliau, tertuduh hanya menggunakan pemegang parang tersebut untuk memukul mangsa.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Aida Fatimah Abd Jabar meminta mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana mangsa merupakan warga tua dimana mangsa tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk melawan tertuduh.

Disamping itu, tertuduh mempunyai dua kesalahan lampau dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dimana tertuduh dihukum lapan bulan penjara bagi kedua-dua kes.

Semasa kejadian tersebut, mangsa pergi ke rumah tertuduh untuk mencari adik perempuan tertuduh. Mangsa telah mengetuk lantai tempat adik tertuduh tidur dan kejadian tersebut disedari oleh tertuduh.

Tertuduh lalu mengejar mangsa dengan sebilah parang sebelum menghempas sangkar ayam ke badan mangsa.

Setelah mendapat rawatan awal di Hospital Kota Belud, mangsa lalu dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kerana mangsa disyaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Walau bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 5 September 2014 dan punca kematiannya ialah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan