Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sebabkan cedera parah, lelaki dipenjara 10 tahun

3:33pm 20/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 46 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing dihukum 10 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah seorang lelaki menggunakan sebilah parang.

Hakim Azreena Aziz turut mengarahkan agar tertuduh dikenakan lima kali sebatan.

Tertuduh, Nulhan Kalatuan, 39 melakukan kesalahan tersebut di Kg. Lok Bunu, Sepanggar, pada jam 9 pagi, 22 Januari lalu.

Nulhan dihukum dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari yang sama, satu laporan polis dibuat yang menyatakan mangsa ditetak oleh tertuduh. Semasa kejadian tersebut, tiada orang yang memberi bantuan kepada mangsa.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh menyerang mangsa kerana mensyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri tertuduh.

Dalam mitigasi, Nulhan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadapnya kerana mempunyai tanggungan keluarga.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan meminta agar mahkamah memberi hukuman setimpal kepada tertuduh.

Katanya, menurut doktor, mangsa mengalami kecacatan kekal pada wajahnya dimana tulang dahi, tulang pipi mangsa patah, mata terkeluar, dan putus kelenjar air liur.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zuhaili Mat Rani. -Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan