Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sean Penn ‘bantu’ tangkap raja dadah

8:59am 11/01/2016 Pak Roshan 14 views Global
Penn (kiri) berjabat tangan dengan ketua kartel dadah berkenaan.

Penn (kiri) berjabat tangan dengan ketua kartel dadah berkenaan.

Mexico City: Pertemuan pelakon Amerika Syarikat Sean Penn dengan ‘El Chapo’ Guzman di hutan di Mexico tahun lalu membantu pihak berkuasa menangkap raja dadah itu Jumaat lepas, kata pegawai Mexico.

Majalah rock Amerika Syarikat Rolling Stone semalam menyiarkan temuramah antara Penn dan Guz- man serta gambar yang dirakam 2 Oktober lalu, menunjukkan aktor pemenang Oscar itu berjabat tangan dengan ketua kartel dadah Sinaloa berkenaan.

Penn menulis, Guzman, 58, memeluknya apabila mereka bertemu di sebuah hutan.

“Saya membekalkan lebih banyak heroin, methamphetamine, kokain dan ganja berbanding pembekal lain di dunia,” kata Guzman kepada Penn.

Menurutnya, dia juga mempunyai sejumlah kapal selam, pesawat, trak dan bot untuk digunakan bagi menyeludup dadah itu.

Pertemuan Penn dengan Guzman diatur oleh aktres Mexico Kate del Castillo.

Seorang pegawai Mexico berkata semalam, pihak berkuasa negara itu mengetahui mengenai pertemuan itu dan ia membantu kepada penangkapan semula lelaki paling dikehendaki di dunia itu di Sinaloa, negeri kelahirannya di barat laut Mexico.

Dalam wawancara itu, Guzman juga mendedahkan alasan dia terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah selepas berusia 15 tahun.

“Tidak ada peluang pekerjaan. Di tempat saya membesar, tidak ada jalan lain untuk hidup, kecuali menjadi penyeludup dadah,” katanya.

Wawancara itu disiarkan selepas pendakwa raya Mexico mengumumkan mereka mungkin mengekstradisi Guzman ke Amerika Syarikat untuk didakwa di negara itu.

Bagaimanapun, seorang peguam Guzman Juan Pablo Badillo berkata, dia akan menghalang pengekstradisian itu.

Guzman melarikan diri dari Altiplano, penjara kawalan ketat berhampiran Mexico City pada 11 Julai lalu menerusi lubang di bilik mandi selnya sejauk 1.5 kilometer hingga ke luar penjara. – myMetro Onlne

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan