Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Scha Alyahya selamat bersalin

scha

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pelakon, Scha Alyahya, 31, yang juga isteri kepada Awal Ashaari, 33, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram pada pukul 5.50 petang di Pusat Perubatan Prince Court, di sini semalam.

Awal menerusi laman Instagramnya pada pukul 11.40 pagi tadi telah memuat naik gambar yang menampakkan jarinya digenggam oleh bayi perempuannya dan turut memberitahu bahawa isteri serta anaknya berada dalam keadaan selamat.

“Terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami anak-beranak. Hanya Allah sahaja yang membalasnya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan