Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SCC lancar ‘Program RM 3.5 Bilion Sukuk Musharakah’

Vincent (kanan) menyerahkan dividen berjumlah RM 8 juta kepada Pg Hassanel (kiri) sambil disaksikan oleh Musa (tujuh dari kiri) dan Linda (lima dari kanan). Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) melancarkan pembesaran ‘Program RM 3.5 Bilion Sukuk Musharakah’ bagi menggabungkan Pengeluaran Sukuk (Sukuk Issuance) yang tertunggak dalam sebuah program disamping menyediakan sumber pembiayaan bagi menampung pembangunan SCC pada tahun- tahun akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata ‘Program RM 3.5 Bilion Sukuk Musharakah’ telah diperbesarkan daripada Program RM 1.5 Bilion oleh SCC lebih kurang dua tahun lalu.
“Berbanding pengenalan program baru, pembesaran ini telah menjimatkan SCC sekurang-kurangnya RM 300,000 pada fi dan kos lain.
“Ini adalah kali pertama SCC, bersama-sama dengan penasihat dan pengurus utama AmInvestment Bank telah memulakan langkah seumpamanya,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian ‘Program RM 3.5 Bilion Sukuk Musharakah’ dan ‘i-Cash’, disini, hari ini.
Musa yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah berkata pihaknya menyokong penuh pembesaran program tersebut dan berharap pelabur berpotensi dan yang sedia ada akan terus melanggan dalam program itu.
Majlis turut menyaksikan penyerahan dividen sebanyak RM 8 juta kepada Kerajaan Negeri yang diterima oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pg Mohd Tahir.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pegawai Eksekutif SCC, Datuk Vincent Pung, Pengerusi Ambank, Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Pengerusi SCC, Linda Tsen. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
Azman (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Musa (tiga dari kanan) sempena majlis perasmian pelancaran ‘Program RM 3.5 Bilion Sukuk Musharakah’, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan