Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SBBA IDAM REKOD PERJALANAN KONVOI MOTOSIKAL TERJAUH SEMPENA HARI MALAYSIA

Pengerusi Program Borneo Endurance merangkap Naib Presiden Sabah Big Bikers Association (SBBA), Rithaudeen Md Ali (lima dari kiri) bergambar bersama ahli kumpulan yang bakal menempah nama dalam Malaysia Book of Records pada sidang media di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Sabah (SBBA) berhasrat mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) untuk perjalanan konvoi motosikal terjauh atas jalanraya Borneo dalam masa satu hari, sempena Hari Malaysia tahun ini.

Konvoi yang bakal disertai oleh 15 ahli SBBA akan bermula di Tugu Kucing, Sarawak kira-kira pukul 12.01 tengah malam pada 15 September ini dan akan berakhir Tip of Borneo, di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah, hari yang sama.

Naib Presiden SBBA, Rithaudeen Md. Ali berkata, pelepasan peserta konvoi yang diketuai Mohd Adnan Rosdin Mohd Ariff dijangka dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Rahman Hamzah.

“Bilangan 15 tersebut merupakan simbolik kepada tarikh 15 September apabila konvoi akan bertolak dari Sarawak dan menamatkan program di Tip of Borneo, Kudat.

“Jarak minimum untuk melayakkan SBBA mendapat pengiktirafan dari MBR ialah sejauh 1,700 kilometer,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setibanya di Tip of Borneo, Rithaudeen berkata, satu program bagi menyambut ketibaan para peserta konvoi akan diadakan mulai 7.30 malam pada 15 September dengan tetamu kehormat iaitu Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor, Ben Chong.

Menurut Rithaudeen, peserta konvoi akan membawa sebanyak tiga bendera sepanjang perjalanan iaitu Jalur Gemilang, bendera Sabah dan SBBA.

Menariknya, beliau berkata, bendera serta nama peserta yang berjaya menamatkan konvoi tersebut akan dipamerkan di Muzium Negeri Sabah sebagai satu sejarah yang tercatat sempena sambutan Hari Malaysia di Sabah pada 16 September ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan