Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sazali Samad Digantung Empat Tahun

Sazali-Samad

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk menggantung Sazali Samad selama empat tahun berkuatkuasa 22 September lalu susulan kegagalan ujian doping.

Hukuman berkenaan selaras dengan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang menetapkan hukuman empat tahun kerana gagal ujian doping.

Ia diumumkan Timbalan Presiden PBBM Datuk Dr Ahmad Badrus Othman selepas mesyuarat exco, hari ini.

Jelasnya, ujian yang dijalankan mendapati terdapat bahan terlarang Kelas S1 seperti yang termaktuddalam senarai bahan terlarang WADA 2016.

Ujian berkenaan dijalankan pada 1 September untuk semua atlet negara yang dijadualkan bertanding ke Kejohanan Bina Badan Asia di Uzbekistan. – Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan