Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sayup terhumban dalam gaung

10:43am 27/07/2016 Pak Roshan 4890 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
ANDRESON (kanan) bersama Alden (tengah) dan Viviana terselamat daripada maut.

ANDRESON (kanan) bersama Alden (tengah) dan Viviana terselamat daripada maut.

Kota Belud: Seorang lelaki bersama dua anak saudara berusia lapan dan empat tahun terselamat daripada maut apabila pacuan empat roda dinaiki hilang kawalan lalu terhumban ke gaung sedalam hampir 150 meter di Jalan Kampung Kaung Lapai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.50 petang, pemandu, Andreson Abel, 27, bersama dua anak saudara dikenali sebagai Alden, 8, dan Viviana, 4, hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malik ketika dihubungi berkata, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu berusia 27 tahun dikatakan hilang kawalan lalu gagal mengawal kenderaannya.

“Pacuan empat roda ini berpusing beberapa kali lalu terhumban ke gaung sedalam 150 meter berhampiran Kampung Kaung Lapai,” katanya.

Abdul Fuad berkata, mangsa mengalami cedera ringan dan berjaya merangkak keluar dari kenderaan dan meminta bantuan.

Terdahulu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud Muhamad Nuin berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 2.59 petang, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk tiba berikutan lokasi kejadian terletak sejauh 40 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, bomba mendapati ketiga-tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak berjaya keluar dari kenderaan,” katanya.

Muhamad berkata, semua mangsa sudah berada di tepi jalan raya manakala kenderaan mereka terhumban ke dalam gaung.

“Pemandu dipercayai melalui lopak air ketika hujan lebat sebelum kenderaannya berpusing beberapa kali dan terhumban ke dalam gaung.

“Semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

PACUAN empat roda mangsa terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter. prevnext

PACUAN empat roda mangsa terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan