Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sayu… Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Kurus Uzur

jss

Sudah lama peminat seni tanahair tidak mendengar khabar berita Hero filem Bukit Kepong yang juga bekas Ahli Dewan Negara Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di laman blog c2sini.blogspot.com dipaparkan sekeping gambar terkini beliau yang menderita penyakit Alzheimer sejak empat tahun lepas.

Bila tarikh gambar berkenaan dirakamkan tidak dimaklumkan di dalam artikel di blog berkenaan.

Penulis berasa sebak dan sedih melihatkan keadaan Jins Shamsuddin yang semakin kurus dan uzur.

Persoalannya, dengan aura dan kehebatan Jins sebagai orang kuat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini, tiadakah liputan media yang diberikan kepadanya berikut keadaan kesihatan yang dialaminya.

Menurut laman blog berkenaan, isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata suamia itu kini sukar mengingati perkara lalu tetapi tidak pernah berhenti memikirkan soal pekerjaannya.

“Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.

“Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke FINAS untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya,” ujar Halijah.

Gambar Jins Shamsuddin terkini yang semakin uzur tetapi tidak diketahui bila tarikh gambar berkenaan dirakamkan.

Rasanya elok, para media dan pihak persatuan artis memberi perhatian serta mengambil kira soal kebajikan Jins Shamsuddin yang dilihat semakin uzur.

Sama-samalah berdoa dan berharap agar kesihatan Jins Shamsuddin semakin pulih dan boleh kembali menjalankan kegiatan seninya seperti biasa.

Jins Shamsuddin ketika masih sihat menerima kunjungan rakan-rakan di rumhnya.

Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935, tahun ini berusia 80 tahun dan berjaya menjadi pelakon atas bimbingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada sekitar 50-an dan 70-an.

– MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan