Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sayap Pemuda BN Sabah Mantap

Shahelmey Yahya
Shahelmey Yahya

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah berada dalam keadaan yang harmoni dan mantap, kata Timbalan Pengerusi Pemuda BN Sabah, Ir.Shahelmey Yahya.

Katanya,  sayap-sayap pemuda BN itu menyokong kepimpinan BN Sabah yang sekarang ini dipengerusikan oleh Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda BN Sabah juga sentiasa berdiri teguh dan menyokong pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang diterajui oleh BN.

“Dakwaan kononnya Pergerakan Pemuda parti komponen BN tidak puas hati dengan kepimpinan negeri adalah tidak benar “, katanya dalam satu kenyataan,di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris  pada Sabtu mendakwa  beliau terima banyak aduan daripada komponen parti terutama Pergerakan Pemuda mengenai kepimpinan negeri.

Shahelmey  berkata, Pemuda BN Sabah telah mengadakan mesyuaratnya semalam bagi membincangkan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan tahun ini.

“Pemuda BN  mengadakan mesyuarat dan perbincangan dari masa ke semasa demi keutuhan parti.

“Mesyuarat dan perbincangan merupakan cara dan saluran yang kita gunakan untuk mencari jalan dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau isu”, tegasnya.

Shahelmey menegaskan, Pemuda parti komponan BN negeri juga sentiasa mengutamakan keharmonian dan kesamaan dalam menangani sebarang perbezaan atau isu yang mungkin timbul.

Justeru katanya, tidak ada keperluan bagi sayap pemuda parti komponen BN meminta bantuan Jumat untuk mengkritik kepimpinan negeri dan kerajaan.- Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan