Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya tidak akan mengecewakan penduduk Inanam’

KOTA KINABALU: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam Terence Tsen tidak akan mengecewakan pengundi di kawasan itu dengan ‘melompat’ ke parti lain sekiranya memenangi kerusi itu.

Terence turut menafikan dakwaan sesetengah pihak ke atas beliau berhubung perkara itu kerana beliau ikhlas dalam perjuangan bersama parti demi rakyat.

“Saya tidak akan sekali-kali meninggalkan parti ini kerana saya berpegang teguh pada perjuangan bersama parti demi rakyat,”katanya.

Terence menyatakan, kebajikan penduduk Inanam adalah keutamaan perjuangan beliau dan beliau juga berharap agar penduduk di kawasan N13 Inanam akan memberikan mandat kepada beliau bagi mewakili suara penduduk Inanam.

“Masih terlalu banyak yang perlu dilakukan di Inanam dan saya mempunyai perancangan rapi untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.”

“Saya berharap agar penduduk Inanam memberikan sokongan kepada saya kerana jika dilihat pada keadaan Inanam sekarang, ia seolah-olah menggambarkan pemimpin terdahulu gagal membela nasib penduduk di sini,”katanya./Sayang Sabah

Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam Terence Tsen.

Komen


Berita Berkaitan