Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya Tidak Akan Lepaskan Jawatan Timbalan Presiden UMNO’

Muhyiddin

MUAR – Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan timbalan presiden UMNO kerana apa yang dilakukan selama ini tidak pernah melanggar perlembagaan parti.

“Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai timbalan presiden UMNO) kerana tidak pernah melakukan kesalahan dalam parti.

“Saya tidak pernah menjadi ancaman kepada negara. Saya juga tidak pernah cakap yang boleh melanggar perlembagaan parti. Kalau ada tunjukkan bukti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Yunus dilaporkan meminta Muhyiddin agar berehat dan melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden UMNO.

Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan