Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Saya terhutang budi dengan UPKO’: Madius

Datuk Madius Tangau.
Datuk Madius Tangau.

KOTA KINABALU – “Perkara pertama yang saya fikirkan apabila mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama saya ke dalam jemaah Kabinet Persekutuan, ialah Tan Sri Bernard Dompok dan UPKO secara keseluruhan,” ujar Datuk Madius Tangau.

Madius yang dilantik memegang portfolio Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam barisan Kabinet baharu itu memberitahu, beliau terhutang budi dengan bekas Presiden UPKO itu yang menyerahkan jawatan itu kepadanya untuk memimpin UPKO.

“Bagi Naib Presiden, Datuk Ewon Ebin, kita menyedari beliau telah melakukan yang terbaik untuk parti dan selaku Menteri Mosti. Saya yakin beliau akan terus membantu parti dan menjadi penggerak utama komuniti Pasokmomogun,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menjelaskan mengenai pelantikan itu, beliau menjelaskan amat berbesar hati dan berterima kasih atas kepercayaan diberikan oleh Perdana Menteri.

“Saya terjaga dari tidur pagi tadi kerana telefon saya tidak henti berdering dan saya melihat panggilan itu datangnya daripada pemimpin UPKO dan rakan-rakan,” ujarnya.

Dalam pada, katanya, sokongan padu daripada keluarga serta semua ahli UPKO amat penting baginya dalam melaksana tugas baharunya itu.

Beliau juga percaya, Najib memiliki apa yang diperlukan untuk memimpin negara mengharungi pelbagai cabaran mendatang terutama visi negara maju menjelang 2020. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan