Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya sangka Najib seperti bapanya…’

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto Syarafiq Abd Samad

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan diambil terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak adalah dua kes berbeza.

Perdana Menteri berkata, kesalahan dilakukan Najib dilaporkan oleh media dan masyarakat bercakap mengenainya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat berkaitan kes Anwar diperoleh daripada polis yang dengan sendirinya membezakan kes dua individu berkenaan.

“Dalam kes Anwar, saya dimaklumkan oleh polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu sendiri. Saya mendapat maklumat daripada sumber awam, media dan semua orang bercakap mengenai apa yang dilakukannya.

“Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan, sekali gus membuktikan semua perkara itu memang dilakukannya. Maka dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly.

Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 Disember 1993 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 2 September 1998 hingga membawa kepada hukuman penjara.

Keadaan itu menyaksikan kedua-duanya berseteru selama beberapa tahun sehinggalah Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Harapan pada 2016.

Ditanya sama ada sukar baginya mengambil tindakan terhadap Najib berikutan hubungan baiknya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, Dr Mahathir mengakui pelantikan Najib dibuat atas rasa terhutang budi kepada bapanya.

“Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak memberitahu Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga) untuk menghubungi saya jika mempunyai masalah.

“Justeru, apabila Tun Hussein perlu memilih daripada tiga Naib Presiden UMNO, beliau memilih saya.

“Itulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, maka saya terhutang budi kepada Tun Razak. Saya sangkakan Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi ternyata saya silap,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan