Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Saya pukul kepala kamu’

9:26am 21/08/2016 Pak Roshan 18 views Global
POLIS memeriksa mayat suspek pengedar dadah yang ditemui mati dibunuh penyerang tidak dikenali di Manila, semalam. - EPA

POLIS memeriksa mayat suspek pengedar dadah yang ditemui mati dibunuh penyerang tidak dikenali di Manila, semalam. – EPA

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memukul kepala pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar memantau perang menentang dadah yang dilancarkannya.

Dalam satu wawancara, Duterte ditanya mengenai kemungkinan PBB menghantar pemerhati ke Filipina bagi memantau perkembangan di negara itu yang menyaksikan hampir 1,000 suspek dadah dibunuh.

“Sebenarnya saya tidak tahu siapa yang akan datang ke sini dan apakah tujuannya.

“Apa yang saya tahu, saya akan memukul kepalanya. Jangan menyiasat kami seperti kami ini penjenayah,” katanya.

Menurutnya, kedatangan pemerhati PBB ke negara itu tidak akan disambut dengan mesra.

“Melainkan anda datang ke sini untuk mendapatkan penerangan atau melihat sendiri jenayah yang berlaku di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, kerajaan Filipina semalam mengkritik kenyataan PBB yang mendakwa perang menentang dadah oleh Duterte itu jenayah mengikut undang-undang antarabangsa.

Ketua penasihat undang-undang Duterte, Salvador Panelo berkata, kenyataan PBB itu tidak berasas dan terburu-buru.

Katanya, kerajaan tidak terbabit dalam pembunuhan tanpa bicara yang menyasarkan suspek penjenayah dan mencabar pakar hak asasi manusia PBB melawat Filipina dan membuat siasatan.

Dua pakar hak asasi manusia kelmarin mendakwa arahan terus Duterte kepada pasukan keselamatan dan orang awam untuk membunuh suspek dadah adalah perbuatan menghasut untuk melakukan keganasan dan pembunuhan, satu jenayah mengikut undang-undang antarabangsa.

“Apabila anda berada di New York atau tempat lain, 10,000 kilometer jauhnya dari Filipina dan anda membuat penilaian seperti itu, ia adalah tindakan terburu-buru.

“Kenyataan itu jauh menyimpang dan tidak berasas. Mereka (PBB) patut datang ke sini bagi melihat situasi sebenar,” jelasnya – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan