Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Kementerian Kewangan” – Najib Razak

NAJIB_RAZAK_310715_TMINAZIRSUFARI_07

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengungkapkan permohonan maaf mewakili Kementerian Kewangan seandainya telah melakukan kesilapan.

“Jika ada sebarang kesilapan atau kekasaran, saya dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua) bersama yang lain ingin meminta maaf,” tutur beliau memetik laporan The Rakyat Post.

Ujarnya lanjut di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan, sebagai sebuah kementerian yang memikul tanggungjawab berat dalam memacu negara, ia dibebankan lagi dengan kelembapan ekonomi global masa kini.

pertumbuhan-ekonomi-malaysia-q2-lebih-baik-MN5

“Kami sebagai sebuah kementerian mempunyai tanggungjawab berat untuk menangani kelembapan ekonomi seluruh dunia yang memerlukan perhatian intensif.”

Lantas itu, Najib berkata, kementeriannya akan bersiap-siaga dengan strategi kewangan dan fiskal yang baik supaya nasib dan masa depan rakyat terpelihara.

“Kami perlu memahami aspirasi mereka dan saya percaya sebagai sebuah pasukan, kami boleh melakukan kerja dengan baik.

“Saya juga mahu alu-alukan kedatangan Datuk Johari (Timbalan Menteri Kewangan baru) yang merupakan orang baru yang perlukan sedikit ragging,” ujar Najib dalam nada bergurau. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan