Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Saya Minta Maaf Kerana Gagal…’ – Chong Wei

10:19am 21/08/2016 Pak Roshan 494 views Mutakhir,Sukan

lcw

IMPIAN Datuk Lee Chong Wei untuk mengakhiri permainannya di Sukan Olimpik dengan pingat emas berakhir apabila tewas dengan pemain badminton China, Chen Long di Rio, semalam.

Sebelum ini Chong Wei  berjaya mengalahkan Lin Dan, juga merupakan pemain dari China di perlawanan separuh akhir pada Jumaat lalu.

“Saya minta maaf kerana gagal menyumbang pingat emas yang sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Memang saya kecewa dengan kekalahan ini. Saya sudah memberikan yang terbaik, tetapi Chen Long bermain dengan lebih baik.

“Saya lakukan yang terbaik dan ternyata bukan ini yang mahukan untuk mengakhiri penampilan di Olimpik,” kata Chong Wei.

Detik yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk ikon sukan negara pulang dengan emas mula tergugat apabila Chong Wei tewas di set pertama dengan 18-21 dalam masa 38 minit.

Dalam pertarungan yang sengit itu, set kedua turut tamat dengan keputusan sama ketika Chong Wei gagal merobek keutuhan Tembok Besar China untuk kali ketiga di pentas akhir.

Chong Wei telah mengakhiri karier Olimpiknya dengan tiga pingat perak berturut-turut, manakala ia merupakan emas pertama untuk Chen Long selepas Lin Dan menang pada tahun 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan