Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Saya milik rakyat Malaysia-Aznil

2:23pm 27/11/2015 Leolerry Lajius 2202 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Malaysia masih belum kehilangan sifat kasih sayang walaupun terdapat pelbagai isu berunsur ganas yang menjadi viral di media sosial.

Demikian ungkapan Hos Televisyen dan juga produser terkenal negara Datuk Aznil Nawawi ketika majlis bersama seorang pesakit Tumor Otak Muhammad Saiful Bin Ali,10 tahun yang dikelolakan oleh Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia di Hotel Promenade semalam.

“Walaupun saya tidak mengenali Saiful tetapi saya terpanggil untuk memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan saya dan saya harap dengan pertemuan ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada saiful,”katanya.

Bintang yang terkenal dengan gelaran Pak Nil itu juga berjanji akan sentiasa berhubung dengan keluarga saiful dan akan membawa saiful melawat ke Kuala Lumpur apabila dia sihat kelak.

Tambah Aznil peluang untuk bertemu dengan insan seperti saiful memberi gambaran kepada masyarakat agar menyedari akan masalah yang dihadapi oleh orang lain.

Aznil turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu terikat pada mana-mana persatuan dan akan sentiasa memberi kerjasama kepasa pihak yang memerlukan pertolongan.

“Saya bukan milik mana-mana persatuan tetapi saya adalah milik rakyat Malaysia, “katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Aznil bersama ahli keluarga Saiful-Gambar Oleh Jimmy Tan

Aznil bersama ahli keluarga Saiful-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan