Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saya masih isteri Bade: Erma Fatima

erma fatimah

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai status sebenar sutradara terkenal Erma Fatima sama ada masih menjadi isteri kepada Bade Azmi terus menimbulkan persoalan.

Hal ini berbangkit selepas Bade berkahwin lain dengan Aida Abdul, Mac lalu.

Ia bertambah panas apabila wujud laporan bahawa kakak kepada Umie Aida itu akan memfailkan perceraiannya di mahkamah.

Bertemunya ketika selesai pementasan teater Bahayanya Wanita yang dipentaskan buat kali kedua di Istana Budaya itu malam Ahad lalu, Erma sempat dirisik mengenai hatinya.

“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,” katanya ketika sedang mencuci solekan usai pementasan membawakan watak Suti Lambung selain bertindak sebagai pengarah.

Menjolok hatinya yang dilihat sedikit tenang, BH Online mengajukan soalan apakah akan berlaku perpisahan seperti yang digembar-gemburkan?

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya,” katanya.

Pertemuan di belakang pentas itu turut diajukan soalan kepada Erma mengenai teater, Bahayanya Wanita yang dipentaskan sejak 20 hingga 24 Ogos lalu. Ia dipentaskan selepas produksi teater ini diundang ke Singapura pada 16 Ogos.

“Alhamdulillah sambutan menggalakkan di Singapura dan Kuala Lumpur. Cuma sejujurnya terasa sedikit bosan apabila buat benda yang sama. Tapi satu keseronokan apabila orang yang datang menonton terhibur dengan mesej serta lawak yang disampaikan,” katanya yang cukup cemerlang membawakan watak wanita Indonesia berstatus janda bernama Suti Lambung.

BH Online berpeluang menonton pementasan teater itu pada malam terakhir.

Ternyata Zizan Razak terus menggamatkan penonton dengan lawak spontannya. Malah, pada malam akhir, Zizan juga dilihat mengenakan teman lakonannya yang lain dengan modal cerita peribadi.

Produksi teater ini turut membuat kejutan kepada Zizan kerana mengundang kekasih hatinya, Emma Maembong sebagai watak ‘bidan terjun’.

Zizan kelihatan begitu terkejut apabila produksi menggunakan Emma sebagai modal untuk mengenakannya pula.

“Zizan ini satu saja boleh saya katakan selain berbakat, dia juga ‘gila’. Lihat sajalah bagaimana dia kenakan pelakon lain di atas pentas terutamanya pada malam akhir,” katanya.

Tambah Erma, selepas Singapura, ada pihak dari Indonesia pula berminat untuk membawakan teater yang sama ke sana.

“Memang ada yang berminat tetapi belum ada perbincangan,” katanya

Komen


Berita Berkaitan