Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya maafkan dia’ , kata mangsa buli wanita pandu Peugeot putih

saya maafkan dia

KUANTAN: Pesara kerajaan, Sim Siak Heong tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan UTC di sini, kelmarin.

Siak Heong, 68, berkata dia sudah berjanji untuk tidak melaporkan kejadian dibuli oleh wanita terbabit walaupun diminta oleh pihak berkuasa supaya berbuat demikian.

“Saya sudah maafkannya dan dia pun sudah meminta maaf selepas kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah, wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Komen


Berita Berkaitan