Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saya Kini Jadi Penganggur – Najib

BEKAS Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai seorang penganggur selepas tidak lagi bergelar perdana menteri Malaysia.

Najib ketika ditemui Malay Mail memberitahu beliau kini seorang yang tidak berkerja dan kini berada di dalam fasa ‘persaraan’.

“Kehidupan seharian? Saya tidak ada kerja, saya penganggur,” kata bekas perdana menteri itu sambil tertawa mengakui kebenaran tersebut.

Menurutnya, buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah perancangan pada masa akan datang, Najib mengatakan beliau tidak memutuskan apa-apa perkara lagi namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Tidak tahu lagi, saya akan lihat perkembangan semasa negara. Berikan saya masa untuk berehat dahulu dan selesai hal peribadi.

“Tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, ”katanya lagi.

Terdahulu, Najib yang terpalit dalam kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diarah untuk beri kerjasama dalam serbuan pihak berkuasa ke atas enam premis termasuk kediaman peribadinya di Taman Duta.

Hasil serbuan dari malam Rabu itu, polis terpaksa merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan