Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“SAYA KERJA ESOK PAGI, BOSKU”

Anggota Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Sabah menyoal siasat suspek yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Kampung Karambunai, Sepanggar. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: “Saya kerja esok pagi, bosku.” Itu antara alasan yang diberikan oleh seorang pemuda ketika hendak dibawa untuk pemeriksaan air kencing oleh pasukan AADK Sabah dalam Op Khas Adu, di Kampung Rampayan dekat sini, tengah malam tadi.

Lelaki berumur 20an itu dicekup setelah keluar dari sebuah bilik sewa yang dikatakan kosong oleh penyewa bilik sebelahnya semasa pemeriksaan AADK sedang dijalankan.

Salah seorang anggota pasukan khas AADK Sabah, Alpha STRIKE, bagaimanapun, ternampak pintu bilik “kosong” itu bergerak dan setelah diketuk beberapa kali akhirnya pemuda itu membuka pintu sambil berpura-pura baru terjaga dari tidur sebab itu dia tidak menyedari pemeriksaan sedang dijalankan.

Antara yang ditahan dalam Op Khas Adu oleh Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Sabah di sebuah rumah sewa di Kampung Karambunai dekat sini tengah malam tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketika disoal siasat, dia mendakwa tidak mengambil dadah dan memaklumkan tidak dapat dibawa untuk ujian saringan air kencing kerana harus bekerja pagi nanti.

Apapun, pemuda berkenaan dan penyewa yang memberitahu anggota AADK pada awalnya bahawa bilik pemuda itu kosong adalah antara 40 orang yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Anggota Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Sabah menjalankan pemeriksaan dalam Op Khas Adu di Kampung Karambunai, Sepanggar tengah malam tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah untuk ujian saringan air kencing.

Selepas saringan, seramai 33 orang didapati positif dadah jenis syabu, satu dadah jenis ganja manakala dua lagi positif dua dadah gabungan (syabu dan ganja).

Turut dalam operasi berkenaan, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman dan Komander Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Malaysia Zainudin Abdullah, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi serta Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrance Galleh.

Operasi yang bermula 10 malam berakhir 1 pagi ini turut dibantu dengan beberapa anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan