Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya harap papa tenang di sana’

ANGGOTA keluarga penumpang dan kakitangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menabur bunga di laut ketika mereka melawat tempat kejadian di Teluk Kumai, Pangkalan Bun, semalam.
ANGGOTA keluarga penumpang dan kakitangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menabur bunga di laut ketika mereka melawat tempat kejadian di Teluk Kumai, Pangkalan Bun, semalam.

Teluk Kumai: Anak juruterbang AirAsia Penerbangan QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa 28 Disember lalu berkata, keluarganya kini reda dengan kematian juruterbang berkenaan dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa mayatnya tidak akan ditemui.

“Saya berharap papa tenang di sana. Sudah tidak ada harapan jenazah papa ditemui, Kami ikhlas dan merelakannya,” kata Angela Anggi Ranastianis (gambar), 25, anak Kapten Irianto.

Jenazah juruterbang itu antara 92 mayat penumpang dan anak kapal yang tidak ditemui selepas lebih sebulan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan.

“Sejak badan pesawat ditemui, kami sekeluarga yakin jenazah papa tidak akan dijumpa,” kata Angela.

Dia berkata demikian ketika menghadiri upacara menabur bunga di Teluk Kumai, semalam.

Menurutnya, dia berasa lega dapat melihat tempat kejadian yang mengorbankan semua 162 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Hanya 70 mayat ditemui dalam gerakan mencari yang diketuai Indonesia itu.

Keluarganya menganggap upacara menabur bunga itu seperti menjenguk pusara bapanya.

Turut hadir pada upacara itu ialah ibunya Widia Sukanti Putri, 48, dan adiknya, Arya Galih Gegana, 8. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan