Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘SAYA BUKAN SENGAJA TAYANG PAYUDARA’

10:54am 23/01/2016 Pak Roshan 15912 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

papaiciecie

KOTA KINABALU – Susulan tersebarnya video seorang pondan yang didakwa sengaja menayangkan payudaranya ketika menyanyi di sebuah kompleks, individu terbabit, Papai Ciecie, tampil memberikan penjelasan.
“Salam, di sini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua pihak di atas perbuatan saya yang sebenarnya tidak sengaja.
“Saya hanya mahu menghiburkan orang dan di samping itu saya cuba membantu kumpulan busker berkenaan untuk mengutip sumbangan secara santai.
“Saya ingin memperbetulkan dakwaan orang ramai bahawa saya bukan sengaja menayangkan atau mempamerkan payudara di khalayak ramai. Tetapi ketinggian mikrofon yang terlalu rendah dan sukar dibetulkan. Oleh kerana itu secara tidak sengaja akhirnya payu dara saya terkeluar yang mana anda boleh lihat sendiri di YouTube bagaimana saya sendiri cuba memperbetulkan pakaian saya.
“Saya tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang cuba menjatuhkan saya dan imej keluarga saya sehingga menulis fakta yang tidak betul.

“Sebagai langkah profesional, saya akan berjumpa dengan pihak berkuasa untuk membuat penjelasan yang sebenarnya. Saya meminta maaf sekali lagi kepada yang membenci dan menghina atau berdendam kepada saya. Janganlah viralkan video itu lagi. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua pihak,” katanya – THEHYPEMEDIA.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan