Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat- Nizam

TAWAU: “Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat jika diberi tanggungjawab untuk bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).”

Demikian ungkapan Naib Ketua Bahagian Umno P. 190 Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika ditemui media sempena Mini Festival Belia dan Majlis Penyerahan Dana Skim Usahawan Belia Sabah (YESS) dan Skim Kecemerlangan Sukan Dikalangan Belia Sabah (YESSS), di Dewan Arena Belia Tawau, hari ini.

Menurut beliau, sebagai ahli Umno tugas untuk menjaga kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan serta dilaksanakan sepanjang hari dan bukannya dilaksanakan secara bermusim.

“Pengumuman untuk menjadi calon belum diumumkan lagi tetapi jika diberi tanggungjawab yang besar ini saya bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat,”katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar rakyat terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan negara bagi kesinambungan kestabilan politik dan pembangunan.

Nizam turut menempelak tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya bersuara lantang untuk membela nasib rakyat walhal ketika masih bersama Barisan Nasional (BN) mereka tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membantu rakyat.

“Pemimpin seumpama ini yang hanya menyuarakan nasib rakyat selepas keluar dari BN boleh dianggap sebagai pemimpin lupa daratan, dulu semasa mempunyai kuasa tidak menjalankan tugas dengan baik, sekarang bila sudah menjadi pembangkang sibuk masuk kampung, keluar kampung untuk meraih sokongan rakyat,”katanya./SayangSabah

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyampaikan replika cek kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan