Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saya amat gembira: Matlan Marjan

Sumber Photo Facebook Matlan Marjan

KOTA KINABALU: “Saya gembira dan syukur jika betul sudah dibebaskan dari penggantungan, seterusnya kembali terbabit dalam bola sepak negara,” kata bekas pemain kebangsaan, Matlan Marjan.

Ketika dihubungi BH Sukan di sini hari ini, beliau bagaimanapun mengakui belum menerima maklumat secara rasmi atau dihubungi oleh pegawai Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung berita gembira itu.

“Jika betul, saya amat gembira kerana sudah 22 tahun tidak aktif dalam bola sepak.

“Bagaimanapun, setakat ini saya belum tahu cerita sebenar,” katanya yang kini mencecah usia 48 tahun.

FAM hari ini mengesahkan Matlan bersama lima lagi bekas pemain Sabah diberi pengampunan untuk kembali terbabit dalam bola sepak di negara ini.

Perkara itu disahkan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini. Dalam sesi bertemu penyokong bola sepak di Sabah, Tunku Mahkota Johor itu ditanya mengenai nasib Matlan dan lima lagi bekas pemain dari Sabah.

Matlan adalah antara bekas pemain yang digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terbabit dalam skandal rasuah pada 1990an.

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib sama seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Pada 9 Mei tahun lalu, FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terbabit dalam skandal itu, enam bekas pemain Sabah itu terkecuali daripada pengampunan itu. – BH ONLINE

Sumber Photo Facebook Matlan Marjan

Komen


Berita Berkaitan