Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Saya akan suarakan isu pembangunan Labuan sekiranya terpilih’- Chrisnadia

LABUAN- Calon Naib Ketua Wanita Pusat bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018, Chrisnadia Sinam akan menggunakan platform Naib Ketua Wanita Pusat sekiranya terpilih untuk menyuarakan isu-isu pembangunan dan suara-suara rakyat Labuan ke pengetahuan pusat.

“Dengan statusnya sebagai Pusat Kewangan Pesisiran Pantai, Pulau Bebas Cukai tersebut sepatutnya menikmati pembangunan yang pesat namun sejak kejatuhan harga minyak dan gas ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada ekonomi Labuan,”ujar beliau ketika berkempen di Pejabat Cabang Parti Keadilan Rakyat Labuan, di sini malam tadi.

Chrisnadia yang juga mantan calon PKR bagi kerusi Parlimen Tuaran pada PRU-14 lepas optimis sekiranya beliau terpilih, agenda pembangunan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan diperjuangkan sekiranya lebih banyak calon dari Borneo terpilih di pemilihan pusat.

Beliau juga akan memberi sokongan penuh terhadap kepemimpinan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR, untuk berganding dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pada masa yang sama akan turut memperkasakan lagi kepimpinan wanita di Negara ini selaras dengan slogannya Wanita#Reformasi 20 Tahun.

“Usaha memperkasakan dan mengiktiraf wanita dalam kepimpinan negara adalah wajar dan seiring dengan Manifesto PH sebelum ini agar lebih banyak penglibatan wanita dalam pentadbiran negara seperti negara-negara lain.

Beliau juga mengingatkan bahawa wanita menjadikan politik sebagai platform utk mendapatkan maklumat dan peluang utk memajukan diri,”katanya lagi./SayangSabah

Chrisnadia Sinam

Komen


Berita Berkaitan