Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saya akan saman – Musa

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman serta Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan menunjukkan isyarat bagus ketika hadir pada Majlis Bersama Rakyat, di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang. – Foto Edmund Samunting

 

PENAMPANG: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, menafikan tuduhan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Junz Wong, kononnya kerajaan negeri menjual projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) kepada pihak luar.

Musa berkata tuduhan itu tidak benar kerana projek TAED adalah milik penuh kerajaan negeri.

“Tuduhan ini tidak berasas… dia cakap saya jual sama China sedangkan TAED adalah dimiliki oleh kerajaan negeri. Dia buat sidang media untuk menyatakan perkara ini… dia menipu dan saya akan saman.

“Inilah cara parti WARISAN atau pembangkang, cakap bohong dan mengelirukan rakyat,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Hongkod Koisaan di sini malam tadi.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hari ini, Wong yang juga calon WARISAN bagi kerusi DUN Tanjung Aru meminta penjelasan kerajaan negeri mengenai isu kononnya 339 hektar tanah di Tanjung Aru digadaikan untuk meminjam RM3.6 bilion daripada kerajaan China. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan