Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saudara Mara, Rakan Hadiri Upacara Peringati Mangsa Tragedi MH17

mh17

SEPANG – Para waris, saudara mara dan rakan mangsa tragedi pesawat MH17 memenuhi Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini untuk menyertai majlis memperingati pemergian orang yang mereka sayangi.

Mereka yang mula tiba sejak pukul 8 pagi, dipersilakan ke tempat duduk masing-masing serta diberi riben khas, yang mencerminkan pakaian seragam warga MAS untuk dipasang di pakaian masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim dilihat memberi kata-kata semangat kepada para waris mangsa tragedi itu.

Kesayuan jelas terpamer pada wajah para hadirin ketika menunggu bermulanya majlis khas pada 10 pagi itu.

Ia diadakan untuk memperingati ulang tahun pertama kejadian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.

Nahas itu meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya, termasuk 43 rakyat Malaysia. Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan